♥♥ Pelangi Cinta 4 ♥♥
Aiman membawa diri jauh dari Nadia mahupun Najwa . Kesibukan bekerja membuatkan dirinya dapat melupakan keperitan itu . Aiman merasa dirinya dipermainkan oleh dua wanita yang selama ini dia sangat sayangi dan Aiman masih tidak dapat melupakan segala kenangan bersama Najwa . Aiman masih menaruh harapan yang Najwa akan kembali kepadanya ataupun akan membiarkan hatinya berpaut kepada Nadia . Sering Aiman berkelana memikirkannya . Mudah-mudahan dirinya diberikan petunjuk . Kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri . Nadia tidak henti-henti menghantar SMS kepada Aiman untuk memohon maaf .
"Salam ...awak , Nad minta maaf sangat selama ni Nad menyamar menjadi Wawa semata-mata untuk memikat hati awk kerna hanya Wawa saja yang sering awak ingat dan impikan . Wawa cukup sempurna dimata awak membuatkan saya cemburu dan rasa diri saya ini tidak lengkap . Dan pertama kali awak panggil saya Wawa juga membuatkan saya terkejut . Ternyata hanya Wawa dihati awak . Jika begitu , Nad rela undur diri untuk melihat kebahagian kamu berdua . Nad sayang kamu berdua . Nad nak lihat Wawa terus kecapi apa yang dia inginkan bersama awak ... Selamat tinggal awak .. Walau hati ini sudah mula menyayangi awak .. "
Aiman seperti tidak keruan memikirkan mereka . Namun , Aiman cuba untuk berlaku adil bukan pada mereka berdua tetapi pada dirinya sendiri . Cinta Kasih Sayangnya pada seorang wanita yang benar-benar menyintainya itu yang akan kekal selamanya . Susah senang bersama .
*****
Najwa pula meneruskan rentak hidupnya seperti biasa . Berhadapan dengan Daniel yang memahami dirinya dan sentiasa menunggu jawapan darinya . Daniel tidak pernah mendesak mahupun bertanya keputusan Najwa sebaliknya sabar dalam menakluki hati kental wanita yang begitu indah di depan matanya . Daniel yakin jika ada jodoh di antara mereka tidak akan ke mana . Kedua ibu bapa mereka juga merestui hubungan mereka walaupun sebagai sahabat sahaja satu hari nanti namun sebaliknya berharap anak-anak mereka akan bersama melayari bahtera indah bersama . Hanya takdir dan doa mengharungi hubungan mereka . Yang maha Esa telah menentukan yang terbaik untuk mereka semua . Daniel tidak campur aduk antara kerja dan perasaannya itu . Biar waktu berlalu tanpa rasa kecewa . Hati dan jiwanya ikhlas untuk menawan insan bernama Qaseh Nurain Najwa . Dia akan tetap menunggu . Najwa cepat mesra dengan sesiapa sahaja . Berkawan berkasih dengannya nampak sahaja mudah tetapi jiwa dan hatinya tidak mudah ditambat . Najwa sangat berhati-hati dalam mengenali hati budi manusia .
*****
Nadia sangat rasa bersalah kepada Aiman dan Najwa . Nadia mahu menyatukan kembali Najwa dengan Aiman tetapi seperti Najwa telah menjauh darinya . Nadia minta Najwa berterus terang tentang perasaannya . Adakah Aiman masih bertahta dihati atau sebaliknya . Najwa sendiri meluahkan kepada Nadia .
" Nad , Wawa rasa Aiman bukan lagi milik Wawa . Wawa tidak mahu lagi menunggu harapan yang belum pasti akan muncul . Wawa mahu cuba menyukai dan menyintai Daniel yang ikhlas menunggu cinta Wawa . Biarlah kenangan dengan Aiman yang dulu hapus pergi begitu sahaja . Nad , lihatkan Aiman terus menyepi tanpa meninggalkan sebarang kata-kata pada kita . Adakah dia benar-benar jujur dengan kita ?? tidak kan ... mana dia bila kita menunggu di sini dengan jawapan-jawapannya ..??? tak usah menunggu lagi , biarkan dia dengan labu-labunya "
*****
Najwa dan Nadia membawa haluan mereka tanpa memikirkan lagi tentang lelaki bernama Aiman Hakimi . Keluarga dan kerjaya lebih penting dari segala-galanya . Cinta ditolak ke tepi dahulu . Najwa berserah jodohnya dengan sesiapa sahaja . Asalkan boleh membimbingnya ke jalan yang diredhai . Datuk Muhsi dan Datuk Ilham bercadang nak menjodohkan Najwa dengan Daniel . Bagi mengeratkan hubungan persahabatan dan perniagaan kerana mahu anak-anak mereka meneruskan perniagaan keluarga ini bersama . Kemudian mengeratkan hubungan sebagai besan . Indahnya jika impian bapa-bapa ini tercapai melihat anak mereka bahagia hingga ke akhir hayat . Anak-anak yang boleh membantu dalam memperkembangkan kerjasama mereka .
*****
Daniel ke Kuantan untuk urusan perniagaan . Secara kebetulan , Daniel bertemu dengan Aiman di sana . Aiman dan Daniel adalah sepupu dan mereka membesar di depan mata . Hubungan mereka semakin erat selepas Aiman kematian mama dan papanya . Aiman lah kawan , sepupu dan teman sepermainannya . Sudah lama mereka tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja . Daniel tahu Aiman masih menunggu Najwa selepas dia telah berjaya menapak dan berdiri dengan kaki sendiri . Aiman pernah berjanji dia tidak akan lupakan Najwa kerana Najwa lah pembakar semangatnya selama ini dan dia mahu buktikan pada Najwa yang dia mampu berjaya .Sekarang Aiman telah berjaya mengukuhkan syarikat papanya dan syarikatnya telah tersenarai antara Syarikat-syarikat sepuluh terbaik dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pak ciknya iaitu ayah Daniel .
*****
Daniel dan Aiman habiskan masa yang terhad di Kuantan berdua . Ketika ini lah mereka dapat bergurau senda sebelum pulang ke Kota Raya yang belum tentu menjanjikan waktu untuk mereka bersua lagi . Daniel menyuarakan hasratnya kepada Aiman untuk berumahtangga tetapi Daniel belum yakin dapat takluki hati dan jiwa wanita itu meskipun berjaya memiliki jasad wanita itu .
Adakah Daniel tahu wanita yang dimaksudkan oleh Aiman dahulu Najwa yang dia sukainya sekarang ? Aiman akan terus menunggu Najwa atau akan cuba mencari dan pikat hati serta jiwa Najwa kembali ??
Ke mana kesudahan cinta mereka berempat ??
Seperti " Pelangi " yang akan muncul apabila berhentinya hujan dan muncul sang suria . begitu jua " Pelangi Cinta " yang hadir selepas pelbagai dugaan , cabaran , ujian dalam perhubungan . Percintaan yang wujud penuh warna-warni , pasang surutnya


Comments